Posted by: mahyudin ismail | 20 Mei 2011

Pahala ketika sakit sama seperti pahala di waktu sihat

Apabila seorang hamba Allah sakit maka ditulis ganjaran pahala untuknya sepertimana ganjaran amalnya semasa dia sihat.

Imam Ahmad menyatakan ( 4/146) : daripada Uqbah bin A’mir telah menceritakan daripada Rasulullah, Rasulullah telah bersabda: Tidaklah daripada setiap amalan hari ini melainkan ia akan berakhir dan berkekesudahan. Maka apabila seorang mukmin sakit lalu berkata malaikat: Wahai Allah! hambaMu ini sudah terhalang daripada beramal,maka Allah berfirman: sempurnakan baginya seperti mana dia beramal di waktu sihat sehinggalah ia sembuh atau mati. (Hadis Sohih)

Imam Bukhari mengeluarkan hadis ( 2996 )  daripada Abi Musa al-As’syaari r.d bahawa Rasulullah telah bersabda: Apabila seorang hamba sakit atau dia bermusafir lalu Allah s.w.t menulis untuknya ganjaran pahala sepertimana dia beramal di waktu ia sihat dan muqim iaitu menetap”.

Imam Ahamd daripada Anas ( 3/238 ) bahawa Rasulullah telah bersabda: Tidak daripada hamba yang diuji oleh Allah azzawajalla dengan sesuatu bala terhadap tubuhbadanya melainkan Allah Azzawajalla akan berfirman kepada malaikat: Tulis untuknya kebaikan amal soleh yang dahulunya dia telah lakukan, jika sekiranya Allah menyembuhnya maka mandikan dia dan bersihkan dia, apabila diambil nyawanya maka ampuni dia dan rahmatilah dia”.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.