Posted by: mahyudin ismail | 27 Februari 2011

Mentor …Siapakah Yang Kita Cari !

Dengan siapa hendak kita mulakan?

Mengikut hasil kajian: majoriti para pemuda yang berpegang kuat kepada ajaran Islam tidak menetapkan diri pada jalan-jalan tertentu.

Kenapakah kita tidak memulakan dengan mereka? Pemuda  seperti seumpama ini, supaya kita dapat menunjukkan kepada mereka jalan yang betul, kemudian mereka bersama-sama menyertai kita untuk menyampaikan dakwah  diluar dari masjid seperti di kelab-kelab, padang permainan, taman rekriasi dan di jalanan yang menjadi tempat rakan sebaya mereka berada.

Akan tetapi adakah kita hendak memulakan dengan kesemua pemuda yang berpegang kuat kepada agama secara serentak atau pun kita menumpu kepada sebahagian daripada mereka, dengan  mengambil kira kepada keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu?

Sesungguhnya masyarakat yang berpegang kuat kepada agama sejumlah manusia yang mempunyai sifat-sifat dan tabiat yang berbagai, di kalangan  mereka ada yang tua, muda dan kanak-kanak, di kalangan mereka ada yang luas pengetahun dan ilmu, ada yang sederhana, ada yang terbatas, di kalangan  mereka ada yang berakhlak mulia dan ada yang hidup harian mereka secara Islam dan ada yang tidak seberapa.

Di sana juga terdapat mereka yang penyabar, pemarah, ego, bangga diri rendah diri, bersemangat, lemah semangat, sibuk dengan urusan agama dan ada  juga yang sibuk dengan urusan dunia. Tidak kurang juga, ada yang membawa fikrah tertentu dan ada yang masih kosong, tidak memiliki apa-apa fikrah atau fahaman. Begitulah betapa rencam dan berbagai jenis manusia di sekeliling kita.

Setiap jenis di kalangan manusia, memerlukan cara tertentu untuk berdakwah, oleh itu kita tidak boleh mengatakan mereka seperti yang saya sebut di atas tidak memberi faedah kepada dakwah setelah di usahakan dengan satu cara atau pendekatan sahaja, akan tetapi kadang-kadang satu pendekatan tidak bersesuaian untuk berdakwah seseorang tetapi ia sesuai dengan orang lain.

Maka berdakwah di kalangan mereka yang luas pengetahuan dan ilmu, berkemungkinan tidak di mampui oleh setengah pendakwah. Ini tidak bermakna kita akan mengenepikan mereka tetapi kita sepatut bertindak mencari sesiapa yang berkemampuan untuk mendekati mereka.

Oleh kerana itu ciri-ciri yang akan saya kemukakan nanti, kepada peribadi yang kita akan memulakan dakwah dengan mereka, iaitu sifat untuk membuat pemilihan dan keutamaan. Ianya bukanlah undang-undang yang tetap malah merupakan ijtihad individu yang mungkin memberi faedah kepada setengah dan tidak memberi faedah kepada yang lain-lain.

1) Usia:

Secara umumnya ialah semasa pemuda dan secara khususnya pada tahap pelajar menengah atas dan pelajar universiti. Kenapakah kita memilih usia sedemikian? Kerana pemuda pada usia ini amat berbeza sekali, semangatnya, kesungguhannya, ketulusannya untuk dakwah dan jauh sekali dari kesibukan dunia, yang sentiasa menentukan hatinya dan perasaannya. Apabila mereka menyakini dengan sesuatu, mereka sanggup berkorban pada jalannya samaada dengan harga yang mahal atau murah.

Inilah yang di inginkan oleh kita kerana sepatutnya para pemuda yang memikul Islam bukan Islam yang memikul segala tindakan pemuda Islam.

2) Kita memulakan dengan yang terdekat sebelum yang jauh:

Yang di maksudkan dekat itu ialah dekat tempat tinggal, universiti, kolej, maktab, pejabat, kilang, tempat kerja dan kekeluargaan. Maka dengan adanya hubungan dan sebab untuk mula berbicara dengan pemuda ini adalah sangat penting. Sementara muslim yang jauh dari kita dan tidak ada apa-apa hubungan memerlukan tempoh masa yang lama untuk menanamkan saling mempercayai(tsiqah diantara kita dengan mereka). Oleh kerana itu kita menangguhnya buat sementara waktu bukan meninggalnya terus.

3) Sifat-sifat peribadi yang perlu dicari:

a)       Hendaklah seorang yang rendah diri (Tawatthuk)

Bukan seorang yang angguh, sombong dan bermuka-muka. Orang yang bersifat angguh dan sombong amat sukar untuk menyampaikan dakwah kepadanya kerana mereka merasakan diri mereka sudah sempurna, tiada apa yang kurang bagi mereka. Oleh itu bagi mereka tidak memerlukan sesiapa untuk menasihati mereka.

Lantaran itu kita hendak sentiasa memastikan untuk memulakan dakwah dengan mereka yang bersifat rendah diri (tawaddhuk), lemah lembut, peramah, berlapang dada dan sanggup merendahkan kedudukan dan martabatnya dan tidak meninggi diri dan tidak mempunyai ego yang terlalu.

Begitu juga kita hendaklah menjauhi buat sementara waktu mereka yang kedekut kerana orang yang sangat kedekut menjadi penghalang yang besar untuk menerima dakwah.

 

b)      Kurang bercakap:

Sesungguhnya orang yang banyak bercakap tidak  mampu untuk menyimpan rahsia, terutama perkara-perkara yang di bimbangi tersebar. Jika sekiranya terdapat ramai orang yang banyak bercakap tetapi disana patut ada mereka yang memberi ingatan mengenai bahaya banyak cakap. Berikan peringatan kepada mereka dengan sabda nabi:

 

“استعينوا على إنجاح حوائجكم بالكتمان”و”كفى بالمرء كذبا أن يحدث

بكل ما سمع” أخرجه مسلم في مقدمة صحيحه.

Ingatkan kepada sesiapa yang banyak bercakap bahawa ramai manusia yang menyesal dengan apa yang telah dicakapnya, sebaliknya sedikit mereka yang menyesal kerana tidak bercakap. Begitulah caranya kita berlatih untuk menyimpan rahsia dan tidak banyak bercakap dengan semua perkara yang kita dengar. Namun demikian, sekiranya keadaannya berterusan, tidak berhenti-henti daripada banyak cakap maka orang yang sedemikian tidak sesuai untuk waktu tersebut. Kemungkinan ianya sesuai pada masa-msa yang lain atau pada tempat yang lain.

 

c)       Berdisiplin:

Hendak bagi mereka yang ingin kita ajak bersama di kafilah dakwah (mad’u) bersedia untuk memberi ketaatan, persediaan sedemikian amat penting sekali kerana sebahagian manusia walaupun segelintir sahaja merasakan dirinya adalah lebih utama dan ia lebih berhak berada di atas untuk menerajui masyarakat pada setiap tempat.

Maka persoalan disiplin mempunyai dua bahagian; bahagian pertama adalah yang sedia ada didalam diri setiap orang dan bahagian kedua pula yang boleh di usahakan dan dibentuk dengan penyediaan dan latihan tertentu didalam masa tertentu. Namun demikian sekiranya,  bahagian pertama tidak ada maka amatlah sukar keatas muslim untuk mendapat sikap disiplin yang sempurna.

 

d)      Berani dan maju kehadapan

Untuk memilih para mad’u jangan mereka terdiri dari golongan yang pengecut, jiwa yang tewas, takut kepada ujian dan takut kepada celaan di jalan dakwah.

Itu suatu perkara, seperkara lagi yang telah tertanam kukuh di dalam benak pemikiran sebahagian manusia, iaitu mereka takut kepada ujian dan fitnah yang akan di alami oleh para pendakwah di sepanjang jalan dakwah yang ingin membuat perubahan. Akan tetapi segala tekanan dan kebimbangan mereka itu boleh di imbangkan dengan janji-janji Allah yang disampaikan kepada mereka perkara yang di janjikan itu samaada syurga atau juga neraka.

Sesungguhnya Allah berjanji untuk menyediakan ganjaran yang tidak putus-putus bagi hambanya untuk berjalan di atas jalan dakwah. Demikian juga Allah berjanji untuk menyediakan  kepada ahli neraka azab-seksa, yang paling minimanya ialah apabila di panaskan pada tapak kaki kemudian mendidih otak dan darah manusia.

Sesungguhnya bekerja untuk Islam bukanlah suatu yang boleh di buat pilihan samaada hendak atau tidak, tetapi ia merupakan suatu yang wajib dan fardhu keatas setiap muslim lelaki dan perempuan. Ia juga merupakan sebab yang boleh menyelamat seseorang pada hari qiamat kelak. Maka jika hilang perasaan ragu-ragu untuk melibatkan diri di dalam dakwah, sebaliknya ia menerima kerja untuk Islam dengan penuh kesungguhan, keberanian dan terus mara kehadapan.

4)  Hendaklah fikirannya masih bersih atau tidak di pengaruhi oleh mana-mana fahaman dan idelogi:

 

Samaada yang fahaman berkaitan dengan Islam itu sendiri, seperti pandangan bahawa Islam tidak sesuai untuk menerajui masyarakat dunia, sebalik bagi mereka Islam hanya sesuai di masjid sahaja, di luar masjid Islam tidak lagi di perlukan.

Atau pun berkaitan dengan meneroka jalan perubahan: seperti memilih jalan kekerasan dan kekuatan secara mutlak atau memilih jalan sufi dengan memperbanyakkan beribadat di masjid dengan tujuan mengislahkan diri, hati dan jiwa mereka.

Maka muslim yang pemikirannya masih kosong daripada semua ini, adalah  lebih mudah untuk menarik mereka di dalam dakwah kerana orang-orang ini biasanya akan berdebat sehinggakan kita terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk mereka. Dan selalunya tidak berhasil. Ini bukan bermakna kita hendak tinggalkan mereka tetapi kita bermaksud untuk memberi keutamaan di dalam memilih mad’u yang berpotensi untuk melibatkan mereka di dalam kerja-kerja dakwah  kepada Allah.

 

Kesimpulan:

Sesungguhnya saya ingin menasihati diri saya dan kamu semua wahai para pemuda dan pemudi Islam, ketika kita semua memulakan dakwah hendaklah kita memulakan dengan yang kecil sebelum yang besar, golongan yang tawadhuk sebelum golongan yang anggkuh dan sombong, mereka yang dekat sebelum yang jauh, mereka yang pemikiran mereka masih neutral daripada mereka yang yang sudah ada fahaman dan ideologi tertentu,  yang taat dan menyimpan rahsia dari yang tidak taat dan banyak bercakap, yang berani dari yang pengecut, yang bersemangat dan bermotivasi dari yang malas dan yang tidak berkemahuan.

Ada setengah yang menyatakan adalah amat sukar  yang disebut itu. Itu juga ada kebenarannya, tetapi perlulah kita berusaha untuk memilih mereka yang memiliki sebahagian sifat-sifat tersebut dan mengenepikan sifat-sifat yang belum mereka milikinya ketika keadaan yang mendesak (dharurat). Kita perlulah terus mencari dengan berlalu masa, maka kita akan memperoleh peribadi yang memiliki sifat-sifat tersebut tetapi kemungkinan ia berada jauh dari kita. Maka perlulah kita mendekatinya dengan berbagai jalan. Kadang-kadang ada juga yang memiliki semua sifat kecuali ianya kurang bermotivasi dan kurang bersemangat, maka perlulah kita memberinya perangsang dan semangat untuk berdakwah.

 

 


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.