Posted by: mahyudin ismail | 26 Februari 2011

Kelebihan kasihsayang kerana Allah

Semalam dalam kesempatanku untuk mabit bersama PEMBINA Johor, hatiku amat bergembira dan menyentuh perasaanku dengan pertemuan dengan wajah-wajah pemuda-pemuda. Pengalaman ini mengingatkan ku ketika berada di Bumi Mesir sekitar tahun 80an dan 90an dulu.  Suasana sebegini sepatutnya ada di mana-mana dan setiap ketika. Agar kafilah dakwah tidak ketandusan dan lebih teruk lagi kepupusan .. yang hanya dipenuhi dan diramaikan oleh golongan dewasa dan sudah pun mencapai umur pencen. Kepulangan ku pada sekitar 1995, sudahku dengari seruan supaya membina generasi pewaris oleh pengerak dakwah, tetapi hasilnya entah kemana! Mas’ul yang bertanggungjawab bertukar ganti .. tetapi isunya tak pun selesai. Sekarang saya dengar mereka telah sedar dan berikrar nak bekerja keras di sekolah-sekolah rasmi mereka. Baguslah jika begitu ..saya dan seluruh umat mendoakan kejayaan mereka ..tapi kenalah ingat juga bahawa peranan dan tugas dakwah terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyumbang .. individu maupun badan-badan dakwah, usahlah halang mereka! Kena juga ingat betapa besar kesalahan bagi sesiapa yang berusaha menghalang dakwah Islam berkembang luar di mukabumi Allah ini. Tak semua orang tertarik dengan cara dakwah kita .. tetapi kemungkinan ada yang tertarik dengan penedekatan dakwah pihak lain … yang penting ialah semakin ramai anak melayu dan lain-lain kembali kepada penghayatan Islam sebenar. Kenapa perlu kita menghalang dan menyekat mereka ! dan lebih teruk lagi jika ada ucapan dan ikrar ingin menamatkan hayat mereka. Katakan Astaqfirullah ! jauhilah dari fitnah ini. Apakah dalam dakwah pun ada kukubesi! selalunya istidadi ada dalam arena politik .. itu masyarakat dunia sudah tidak mahu menerima lagi cara Istibdadi.

Seruan ku dan kepada pemuda-pemuda yang aku temui dan yang di luar sana agar dapat terus pupuklah dan bajailah jalinan ukhuwah , carilah kefahaman Islam yang sahih dan kejelasan fikrah sementara waktu yang lapang sekarang, sebelum menjejak kaki ke satu alam yang lebih mencabar. Antumlah adalah pendukung dakwah di masa depan dan antumlah yang akan membuat perubahan nanti Insyallah. Untuk saya cuba terjemahkan bebrapa hadis-hadis Qudsi berkaitan dnegan kelebihan bagi mereka berkasihsayang kerana Allah. Moga ia dapat membangkit kepanasan usia muda yang ada pada antum semua.

Daripada Abu Hurairah: katanya bahawa Rasulullah telah bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t akan menyeru pada hari Qiamat nanti: Dimanakah mereka yang saling berkasihsayang! dengan kebesaranKU pada hari ini Aku akan menaugi mereka di bawah nauganKu, dimana hari ini tiada naugan melainkan naunganKu sahaja. (Sohih)

Daripada Abi Muslim al-Khaulani daripada Muaaz bin Jabal, dia berkata: saya telah mendengar Raulullah telah menceritakan kepadaku mengenai Allah Tuhannya: firman Allah: Mereka yang berkasih sayang kerana Allah berada di atas mimbar-minbar daripada cahaya, dibawah naugan arash pada hari yang tiada naugan melainkan nauganNya. Kata Abi Muslim: saya keluar sehingga bertemu Ubadah bi Shomad, lalu saya sebutkan kepadanya hadis Muaz bin Jabal, lalu dia berkata: saya telah mendengar  Rasulullah telah menceritakan mengenai tuhanNYa Allah: akan beroleh kasihsayangKu bagi mereka yang berkasihsayang kerana Allah, akan beroleh kasihsayangKu bagi mereka yang saling berkorban keranaKu, akan beroleh kasihsayangKu bagi mereka yang saling menziarahi keranaKu dan Mereka yang berkasih sayang kerana Allah berada di atas mimbar-minbar daripada cahaya, dibawah naugan arash pada hari yang tiada naugan melainkan nauganNya. (Sohih)

Daripada Muaz bin Jabal, dia telah berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah azzawajalla telah berfirman: “orang yang berkasihsayang kerana kebesaranKu untuk mereka mimbar-mimbar daripada cahaya , mereka dicemburui oleh para nabi-nabi dan syuhada”. (Hasan)

Fikh daripada hadis ini:

Jalinan persahabatan dengan kasihsayang yang terbina kerana Allah s.w.t akan memperolehi naugan Allah pada hari Qiamat nanti. Kena kena juga ingat betapa memerlunya umat manusia kepada nauhan tersebut pada hari dahsyat dan menakutkan itu. Olehitu bajailah dan suburkan jalinan ini supaya kita memperolehi janji Allah di atas.

 


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.