Bersatunya golongan batil di dalam peperangan mereka bagi menentang dan menekan umat Islam adalah suatu yang berulang-ulang di dalam catatan sejarah dan ia adalah sunnah yang berterusan. Olehitu adalah tidak betul bagi umat Islam untuk berpegang dengan unggapan sebegini: ” musuh, musuhku adalah kawan ku”. Amat wajar bagi umat Islam untuk mengenali musuh mereka yang sebenar. Sudah semestinya juga bagi umat Islam untuk mengenali, bahawa musuh kepada musuh mereka kemungkinan besar ia juga adalah musuh mereka.
Ya memang benar adanya tahaluf ( pakatan ) di antara orang-orang Islam dengan setengah lawan mereka untuk beberapa tujuan yang tertentu dan bagi mencapai suatu sasaran yang khusus… tetapi kena juga beringat-ingat supaya jangan sampai meremehkan di dalam soal keagamaan dan bermudah-mudah di dalam setengah hak-hak yang akan tergadai nanti. Olehitu hendaklah ada sikap berhati-hati dan berwaspada selalu di kalangan umat Islam. Seperkara yang kena ingat; ialah jangan pula sampai ketahap wala’,sadaqah dan melupai hak-hak yang Allah sebut dengan jelas kepada kita menerusi ayat 120 di dalam surah al-Baqarah. Contoh jelas lagi boleh baca sejarah bagaimana Tartar merancang menjatuhkan kerajaan Abbasiah.