Posted by: mahyudin ismail | 25 Februari 2009

BENTUK KELEMAHAN DIRI MANUSIA

imag0949BENTUK KELEMAHAN DIRI MANUSIA 

 

Di antara  perkara yang menjadi lumrah dan di ketahui umum di kalangan manusia, sesiapa yang ingin merawat sesuatu penyakit perlulah mengenalpasti  penyakit tersebut kemudian barulah mencari punca-punca penyakit bagi memudahkan baginya menentukan ubat-ubat yang sesuai, berkesan dan berjaya menyembuh penyakit tersebut.

Dari sini ternyatalah betapa pentingnya memeriksa petanda penyakit kelemahan diri, salahlah bagi mereka yang menyangka memeriksa petanda penyakit seumpama ini adalah mudah, malah sebaliknya adalah berbeza sama sekali. Sebenarnya kita sedang berhadapan dengan diri manusia yang kita tidak dapat melihatnya dan tidak dapat mengetahui banyak perkara tentangnya. Begitu juga kita tidak dapat mengetahui secara tepat disiplin berinteraksi dengannya, lebih-lebih lagi di belakang manusia ada nafsu yang menjadi musuh yang paling besar, dia juga yang bertanggungjawap mengeluarkan kedua ibubapa kita daripada syurga dengan bisikannya yang tidak berhenti-henti. Sebenarnya tempat-tempat kelemahan diri manusia banyak. Di antaranya ada yang terang-terangan yang tidak memerlukan kepada penjelasan lagi, seperti   meninggalkan perintah Allah, tidak menjauhi larangan Allah dan menghalalkan yang diharamkan Allah. Di antaranya ia tersembunyi yang memerlukan usaha yang lebih untuk menyingkapnya, ia berbeza-beza diantara seorang dengan seorang yang lain. Ia akan kami sebutkan nanti, dengan izin dan kurnian Allah di dalam perenggan yang akan datang contoh-contoh kelemahan jiwa, bagi membentangkan kepada setiap kita semua, supaya  ia tidak menyerap dan menetap di dalam diri manusia. Maka bolehlah kita memeriksa di dalam diri kita dan mencari tempat yang lemah di dalam berhadapan dengan nafsu.

    Kemungkinan sebahagian kita akan beranggapan apa yang kami bentangkan dari contoh itu jauh dari perkara sebenar, malah mungkin tiada  langsung di dalamnya. Kemungkinan tanggapan itu benar bagi setengah orang, tetapi kebanyakan contoh-contoh itu amat memberi kesan kepada realiti sebenar kita. Berkemungkinan apa yang berlaku sebenarnya lebih ringan daripada apa yang kami paparkan, tetapi tetap ada pada setengah orang. Berkemungkinan juga apa berlaku bertetapan dengan apa yang kami bentangkan pada setengah orang. Jadi sebenarnya apa yang kami paparkan adalah berdasarkan majoriti atau kebanyakan orang.

    Kesimpulannya, tidak sepatutnya kita bersikap berlepas diri dari kesan-kesan fenomena yang kami paparkan lantaran ianya tidak menepati realiti sebenar kehidupan mayarakat kita. Sepatutnya kita meneliti contoh-contoh yang kami paparkan yang terdiri daripada berbagai gambaran dan bentuk yang berkemungkinan ada pada diri setiap kita, dengan tujuan supaya kita bertindak di sebaliknya.

Contoh-Contoh Kelemahan Diri Manusia

 

  • Contoh pertama yang terjelma pada seseorang banyak bercakap di hadapan orang mengenai dirinya memuji dirinya dan mengangkat-ngangkat diri melebihi darjat teman-teman di sekelilingnya. Kamu akan dapati ia tidak segan-segan menceritakan mengenai kepahlawanan dirinya, jasa-jasanya yang lepas-lepas, berbangga dan bermegah-megah dengan keperibadian yang kuat, gagah, glamour, kekuasaan, pangkat, keterunan, anak pinak, harta benda dan segala macam lagi yang boleh menunjukan kemegahan seseorang. Berlawanan dengan sifat di atas pula ada yang terlalu takut untuk muncul di khalayak ramai sebagai seorang yang jahil. Apabila ia di minta untuk berbuat sesuatu yang dia sendiri tidak mampu melaksanakan, dia sama sekali tidak akan mengatakan yang saya tidak mampu melaksanakan, apabila di kemukakan soalan berhubung dengan hukum-hakam agama dia akan menjawabnya sekalipun ia tidak ketahui kerana bimbang terbongkar kejahilannya atau dikatakan kepadanya ia perlu belajar lagi, lantaran itu orang ramai akan mengetahui kekurangan dirinya.

 

  • Dari contoh di atas kita dapati seorang peribadi yang tidak mahu ada orang lain di sekelilingnya mengatasinya. Apabila keadaan tidak dapat di elakkan lagi, maka orang lain akan mengatasi dirinya dan orang lain lebih teserlah dari dirinya. Lantaran itu ia akan berusaha keras dengan berbagai usaha untuk menutupi penyerlahan sesiapa sahaja di sekelilingnya dengan harapan dirinya akan lebih teserlah dan mendapat tempat di dalam masyarakat di sekelilingnya.

 

  • Di antara contoh lain ialah melampau di dalam berpegang kepada pendapat dan pandangan. Ia sentiasa ta’sub dengan pendapatnya, samaada kebenaran memihak kepadanya atau tidak. Sekiranya ada sesiapa yang mahu berhujjah dengannya ia akan menjawab dengan sombong diri atau dia sengaja akan menyalahi pendapat tersebut. Dirinya tidak akan tenang selagi orang yang berdebat denganya tidak mahu mengalah dan selagi mereka tidak akur dengan apa yang dia yakini itu.

 

  • Golongan ini juga sukar mengakui kesilapan diri mereka. Kamu akan dapati peribadi sebegini amat sukar untuk mengiktiraf kesilapan diri mereka. Sebaliknya mereka akan terus berusaha keras bagi menegakkan kesilapan mereka dengan apa-apa cara sekalipun. Terkadang-kadang mendorong mereka untuk berdusta di dalam setengah situasi.

 

  • Mereka juga akan berasa sempit dada dengan kritikan dan nasihat. Maka peribadi sedemikian akan lahir didalam diri mereka rasa sakit dan pahit apabila menerima kritikan dari pengkritik dan nasihat dari pemberi nasihat. Dalam setengah keadaan, ketikamana nafsu telah menguasai dirinya maka dengan itu dia akan berusaha menegakkan dunia sebaliknya ia tidak menundukkan nafsunya, ia akan terus memarahi pengkritik lebih-lebih lagi sekiranya pengkritik itu seorang yang lebih muda darinya atau kurang popular darinya atau lebih junior darinya. Kesemua ini adalah berpunca dari ketamakan nafsunya di dalam membalas-dendam terhadap sesiapa yang menyebabkan dirinya terluka dan perasaannya terjejas.

 

  • Perasaan berbahagia dan berbangga dengan pujian dan sanjungan yang diberikan. Lihatlah betapa lemahnya diri manusia dan betapa hampirnya sifat itu kepada kita. Dia berasa sangat gembira dan sehingga mengasyikkan sekiranya ada orang lain memuji-mujinya, lebih-lebh lagi mereka yang memujinya itu ada kedudukkan di kalangan manusia. Kamu juga akan dapati ia sering menyebut-nyebut kepada orangramai mengenai pujian-pujian orang kepada dirinya sendiri. Kebanyakkan amal pekerjaannya bertujuan inginkan pujian dan sanjungan dengan menyebutkan kebaikkan dan perlaksanaannya.

 

  • Perasaan amat sukacita dan amat gembira apabila orangramai melihat amal pekerjaaannya yang berhak mendapat pujian, seperti membantu fakir miskin, menyelamat orang yang lemas, memenuhi permintaan, menunaikan ketaatan dan lain-lain lagi. Sebaliknya dia akan berasa sedih dan kecewa apabila ada orang melihatnya dalam perkara-perkara yang sepatutnya ia di cela, seperti melakukan maksiat atau terjebak di dalam perkara syubhat atau tersalah di dalam melakukan ibadat atau tidak mampu ia menunaikan permintaan orang yang meminta-minta.

 

  • Suka menjadi ketua dan memberi arahan atau perintah, maka kamu akan dapati ia suka diberikan kemuliaan, lalu membuatkan dirinya sentiasa berusaha untuk memperolehinya dengan apa cara sekalipun……….. Kenapa tidaknya? Ia merupakan jalan untuk menjadi terkenal, berkuasa, menguasai hati-hati manusia, orangramai pula akan mengagong-agongkan dirinya dan wawasannya. Kadang-kadang syaitan mengambil kesempatan dengan keinginan manusia untuk menjadi ketua itu, lalu ia menimbulkan hasratnya ialah untuk memberi khidmat kepada Islam. Sesungguhnya khidmat itu akan tercapai sekiranya ia berada di pos tersebut. Seolah-olah khidmat kapada Islam dan bekerja untuk Islam tidak akan terlaksana melainkan sekiranya ia menjadi ketua yang mengeluarkan arahan dan perintah.

 

  • Tidak mengakui dengan keaiban dan kekurangan dirinya, orang yang sebegini akan mengelak dari menyebut keaiban dirinya dan amat berhati-hati menyembunyikan keaiban dirinya. Ia akan menunjuk-nunjukkan kepada sesiapa di sekelilingnya dengan cara tidak langsung, bahawa ia tiada memiliki apa keaiban. Jika ada sekalipun hanyalah didalam perkara yang biasa dan kecil sahaja. Olehitu ia akan sentiasa tidak akan menyebut perkara-perkara yang lepas mengenai dirinya.

 

  • Tidak melaksanakan hak-hak orang lain,dia sentiasa berkeberatan untuk melaksanakan hak-hak sesiapa di sekelilingnya seperti menziarahi pesakit, menyelamat ketika kecemasan, membela ketika di zalimi, membantu ketika memerlukan, mengiringi jenazah dan lain-lain lagi sebagai hak terhadap saudara seIslam. Sebaliknya ia amat memandang berat jika orang lain tidak menunaikan hak-hak terhadap dirinya. Jika jatuh sakit sakit, ia akan mengharap orang lain menziarahinya. Jika sekiranya di dapati sesiapa yang tidak menziarahinya ia akan mengutuk dan selalu menyebut-nyebutnya.

 

  • Berbangga dengan khidmatnya dan kebaikannya kepada orang lain, kamu akan dapati ia tidak henti-henti menceritakan mengenai khidmatnya di dalam bidang kepakarannya dan ia sentiasa menunggu pujian, ucapan terima kasih dan sentiasa mahukan orang lain mengetahui mengenai sumbanganya itu. Malah ia juga mahukan orang lain segera menunaikan permintaannya, memberi ucapan salam kepadanya dan berdiri ketika melihatnya, kesemua ini adalah untuk mengagongnya dan menyanjungnya. Jika di dapati orang lain tidak melakukan sedemikian kepadanya, maka celaan, kutukan dan maki hamun akan keluar dari mulutnya.

 

  • Terpedaya dengan kebolehannya dan kelebihan yang ada pada dirinya, peribadi sedemikian tidak sekali-kali meyandarkan segala nikmat kebolehannya dan kelebihannya itu kepada Allah, sebalik ia selalu menyandarkan segala-galanya adalah kehebatan, kekuasaanya dan kebolehan nya semata-mata. Keadaannya adalah seperti Qarun:

 

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِندِي ……. {78}

 

Ertinya: Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. ( Surah al-Qasas:78)

 

  • Tidak suka orang lain mendapat kebaikan, maka dia akan berasa dukacita dan sempit dadanya apabila di dapati nikmat diperolehi oleh orang lain, kemudian mengharapkan agar nikmat itu akan hilang. Ia juga berasa teramat suka dan gembira apabila orang di timpa musibah atau kecelakaan.

 

  • Suka membuat kecoh di dalam sesuatu majlis yang dihadirinya, ia sentiasa memotong cakap dan mematikan segala pandangan orang lain. Malah ia juga akan mengenepikan segala sumbangan orang lain, sebaliknya ia akan memuji-muji dan suka menonjokan diri sebagi hero.

 

  • Suka menghebah setiap amal yang ia telah lakukan, apabila ia diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk beramal dengan amal-amal ibadat atau melakukan pengorbanan atau meninggalkan kemungkaran, maka dia amat suka menghebahkan kepada orangramai samaada secara langsung atau secara tidak langsung, dengan memberi kiasan atau berterus terang saja. Dia tetap akan berusaha keras bagi memastikan orang dapat mengenali bahawa sesuatu itu adalah hasil kerjanya, malah selagi orang tidak mengatakan itu adalah hasil usahanya, maka fikirannya tidak akan tenteram.

 

  • Sentiasa takut dan bimbang kepada kefakiran, ia juga merupakan bentuk kelemaham di dalam diri manusia yang mungkin ada pada setengah orang. Maka sudah tentulah sifat kedekut, sayangkan harta, bakhil, takut menjadi fakir dan kesempitan hidup merupakan sebahagian dari ciri-ciri kelemahan. Oleh kerana itu kehidupan peribadi seumpama itu di dalam keadaan yang menentu masa depannya. Ianya juga menyebabkan ia berkeberatan untuk memberi infak kapda jalan Allah dan membantu golongan yang memerlukan.

 

  • Tidak mampu berdepan dengan orang lain kerana perasaannya yang lemah berdepan orangramai, dia juga berasa lemah untuk memikul kesilapannya sendiri. Apabila ada pihak yang cuba berterus-terang dengan kesilapannya, maka dia akan bertindak mengasingkan diri dan mengengkarinya. Terkadang-kadang menyebabkan ia berdusta untuk menyelamatkan dirinya dari bersemuka semata-mata.

 

  • Mudah mengalah dari pendapatnya dan pendiriannya kerana takut kepada mereka yang lain dan kerana takut kalah di hadapan mereka yang lain. Apa yang menyedihkan lagi ialah dengan segala tindakannya itu akan menyebabkan dia telah tewas di depan dirinya sendiri, sedang ia tidak menyedarinya. Malah selalunya, pandangannya menyalahi pendapatnya yang sebenar, berbanding dengan apa diperkatakan mengenainya. Sikapnya yang tidak berterus terang di sebabkan rasa bimbang untuk bersemuka dengan pihak lain dan akan mendedahkan kepada cercaan orang ramai.

 Persiaran Tanjung – 25/2/2009


Respon

  1. “BENTUK KELEMAHAN DIRI MANUSIA BEBAS MENUNTUT HAK,BUKANNYA BEBAS MELAKUKAN KEJAHATAN” was indeed a pretty excellent blog,
    . I hope you keep creating and I’m going to continue reading! Thanks -Quinn


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: