Posted by: mahyudin ismail | 6 Januari 2012

Apa yang perlu seorang muslim buat?

Apa yang perlu muslimin lakukan?

Muslimin pada hariini  sepatutnya hidup dengan hakikat kebenaran aqidah mereka, kesahihan ibadah mereka, keagungan syariat mereka dan kemuliaan akhlaq mereka. Maka dengan itu Islam akan benar-benar menguasai keatas seluruh kehidupan mereka, naluri mereka dan jiwa mereka. Lantaran itu ia menjadikan hidup mereka adalah untuk Islam dan bersedia mati untuk Islam. Mereka bersedia berjihad pada jalannya demi untuk mengangkat panji-panji Islam, mempertahannya, mempertahan prinsip-prinsipnya dan hanya berpaksi kepada Islam sahaja. Olehitu mereka perlu mengkaji kenapa negara mereka sehingga kini dikenali sebagai negara ketiga atau negara ketinggalan sedangkan dahulunya mereka adalah ustaziatul alam iaitu rujukan kepada seluruh dunia. Mereka telah menguasai Farsi, Rom dan mereka telah berjaya meroboh kekuasaan penguasa yang zalim. Islam telah melaksanakan pembersihan mukabumi ini daripada perbuatan manusia yang zalim dan sebalik melebarkan keadilan, kerahmatan dan kasihsayang sesama manusia.

Kembali kepada memparaktis Islam sebagai cara hidup kita !

Islam dan negara

Islam dan tanahair

Islam dan kerajaan  (pemerintahan)

Islam dan ummah

Islam  dan akhlaq

Islam dan kekuatan

Islam  dan rahmah

Islam dan keadilan

Islam dan tamadun

Islam dan undang-undang

Islam dan ilmu

Islam kehakiman

Islam dan hartabenda

Islam kekayaan

Islam dan usaha pencarian keperluan hidup

Islam dan empayar kekayaan

Islam dan jihad

Islam dan dakwah

Islam dan ketenteraan

Islam dan pemikiran

Islam dan aqidah

Islam dan ibadat

Posted by: mahyudin ismail | 20 Mei 2011

Pahala ketika sakit sama seperti pahala di waktu sihat

Apabila seorang hamba Allah sakit maka ditulis ganjaran pahala untuknya sepertimana ganjaran amalnya semasa dia sihat.

Imam Ahmad menyatakan ( 4/146) : daripada Uqbah bin A’mir telah menceritakan daripada Rasulullah, Rasulullah telah bersabda: Tidaklah daripada setiap amalan hari ini melainkan ia akan berakhir dan berkekesudahan. Maka apabila seorang mukmin sakit lalu berkata malaikat: Wahai Allah! hambaMu ini sudah terhalang daripada beramal,maka Allah berfirman: sempurnakan baginya seperti mana dia beramal di waktu sihat sehinggalah ia sembuh atau mati. (Hadis Sohih)

Imam Bukhari mengeluarkan hadis ( 2996 )  daripada Abi Musa al-As’syaari r.d bahawa Rasulullah telah bersabda: Apabila seorang hamba sakit atau dia bermusafir lalu Allah s.w.t menulis untuknya ganjaran pahala sepertimana dia beramal di waktu ia sihat dan muqim iaitu menetap”.

Imam Ahamd daripada Anas ( 3/238 ) bahawa Rasulullah telah bersabda: Tidak daripada hamba yang diuji oleh Allah azzawajalla dengan sesuatu bala terhadap tubuhbadanya melainkan Allah Azzawajalla akan berfirman kepada malaikat: Tulis untuknya kebaikan amal soleh yang dahulunya dia telah lakukan, jika sekiranya Allah menyembuhnya maka mandikan dia dan bersihkan dia, apabila diambil nyawanya maka ampuni dia dan rahmatilah dia”.

Posted by: mahyudin ismail | 27 Februari 2011

Mentor …Siapakah Yang Kita Cari !

Dengan siapa hendak kita mulakan?

Mengikut hasil kajian: majoriti para pemuda yang berpegang kuat kepada ajaran Islam tidak menetapkan diri pada jalan-jalan tertentu.

Kenapakah kita tidak memulakan dengan mereka? Pemuda  seperti seumpama ini, supaya kita dapat menunjukkan kepada mereka jalan yang betul, kemudian mereka bersama-sama menyertai kita untuk menyampaikan dakwah  diluar dari masjid seperti di kelab-kelab, padang permainan, taman rekriasi dan di jalanan yang menjadi tempat rakan sebaya mereka berada.

Akan tetapi adakah kita hendak memulakan dengan kesemua pemuda yang berpegang kuat kepada agama secara serentak atau pun kita menumpu kepada sebahagian daripada mereka, dengan  mengambil kira kepada keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu?

Sesungguhnya masyarakat yang berpegang kuat kepada agama sejumlah manusia yang mempunyai sifat-sifat dan tabiat yang berbagai, di kalangan  mereka ada yang tua, muda dan kanak-kanak, di kalangan mereka ada yang luas pengetahun dan ilmu, ada yang sederhana, ada yang terbatas, di kalangan  mereka ada yang berakhlak mulia dan ada yang hidup harian mereka secara Islam dan ada yang tidak seberapa.

Di sana juga terdapat mereka yang penyabar, pemarah, ego, bangga diri rendah diri, bersemangat, lemah semangat, sibuk dengan urusan agama dan ada  juga yang sibuk dengan urusan dunia. Tidak kurang juga, ada yang membawa fikrah tertentu dan ada yang masih kosong, tidak memiliki apa-apa fikrah atau fahaman. Begitulah betapa rencam dan berbagai jenis manusia di sekeliling kita.

Setiap jenis di kalangan manusia, memerlukan cara tertentu untuk berdakwah, oleh itu kita tidak boleh mengatakan mereka seperti yang saya sebut di atas tidak memberi faedah kepada dakwah setelah di usahakan dengan satu cara atau pendekatan sahaja, akan tetapi kadang-kadang satu pendekatan tidak bersesuaian untuk berdakwah seseorang tetapi ia sesuai dengan orang lain.

Maka berdakwah di kalangan mereka yang luas pengetahuan dan ilmu, berkemungkinan tidak di mampui oleh setengah pendakwah. Ini tidak bermakna kita akan mengenepikan mereka tetapi kita sepatut bertindak mencari sesiapa yang berkemampuan untuk mendekati mereka.

Oleh kerana itu ciri-ciri yang akan saya kemukakan nanti, kepada peribadi yang kita akan memulakan dakwah dengan mereka, iaitu sifat untuk membuat pemilihan dan keutamaan. Ianya bukanlah undang-undang yang tetap malah merupakan ijtihad individu yang mungkin memberi faedah kepada setengah dan tidak memberi faedah kepada yang lain-lain.

1) Usia:

Secara umumnya ialah semasa pemuda dan secara khususnya pada tahap pelajar menengah atas dan pelajar universiti. Kenapakah kita memilih usia sedemikian? Kerana pemuda pada usia ini amat berbeza sekali, semangatnya, kesungguhannya, ketulusannya untuk dakwah dan jauh sekali dari kesibukan dunia, yang sentiasa menentukan hatinya dan perasaannya. Apabila mereka menyakini dengan sesuatu, mereka sanggup berkorban pada jalannya samaada dengan harga yang mahal atau murah.

Inilah yang di inginkan oleh kita kerana sepatutnya para pemuda yang memikul Islam bukan Islam yang memikul segala tindakan pemuda Islam.

2) Kita memulakan dengan yang terdekat sebelum yang jauh:

Yang di maksudkan dekat itu ialah dekat tempat tinggal, universiti, kolej, maktab, pejabat, kilang, tempat kerja dan kekeluargaan. Maka dengan adanya hubungan dan sebab untuk mula berbicara dengan pemuda ini adalah sangat penting. Sementara muslim yang jauh dari kita dan tidak ada apa-apa hubungan memerlukan tempoh masa yang lama untuk menanamkan saling mempercayai(tsiqah diantara kita dengan mereka). Oleh kerana itu kita menangguhnya buat sementara waktu bukan meninggalnya terus.

3) Sifat-sifat peribadi yang perlu dicari:

a)       Hendaklah seorang yang rendah diri (Tawatthuk)

Bukan seorang yang angguh, sombong dan bermuka-muka. Orang yang bersifat angguh dan sombong amat sukar untuk menyampaikan dakwah kepadanya kerana mereka merasakan diri mereka sudah sempurna, tiada apa yang kurang bagi mereka. Oleh itu bagi mereka tidak memerlukan sesiapa untuk menasihati mereka.

Lantaran itu kita hendak sentiasa memastikan untuk memulakan dakwah dengan mereka yang bersifat rendah diri (tawaddhuk), lemah lembut, peramah, berlapang dada dan sanggup merendahkan kedudukan dan martabatnya dan tidak meninggi diri dan tidak mempunyai ego yang terlalu.

Begitu juga kita hendaklah menjauhi buat sementara waktu mereka yang kedekut kerana orang yang sangat kedekut menjadi penghalang yang besar untuk menerima dakwah.

 

b)      Kurang bercakap:

Sesungguhnya orang yang banyak bercakap tidak  mampu untuk menyimpan rahsia, terutama perkara-perkara yang di bimbangi tersebar. Jika sekiranya terdapat ramai orang yang banyak bercakap tetapi disana patut ada mereka yang memberi ingatan mengenai bahaya banyak cakap. Berikan peringatan kepada mereka dengan sabda nabi:

 

“استعينوا على إنجاح حوائجكم بالكتمان”و”كفى بالمرء كذبا أن يحدث

بكل ما سمع” أخرجه مسلم في مقدمة صحيحه.

Ingatkan kepada sesiapa yang banyak bercakap bahawa ramai manusia yang menyesal dengan apa yang telah dicakapnya, sebaliknya sedikit mereka yang menyesal kerana tidak bercakap. Begitulah caranya kita berlatih untuk menyimpan rahsia dan tidak banyak bercakap dengan semua perkara yang kita dengar. Namun demikian, sekiranya keadaannya berterusan, tidak berhenti-henti daripada banyak cakap maka orang yang sedemikian tidak sesuai untuk waktu tersebut. Kemungkinan ianya sesuai pada masa-msa yang lain atau pada tempat yang lain.

 

c)       Berdisiplin:

Hendak bagi mereka yang ingin kita ajak bersama di kafilah dakwah (mad’u) bersedia untuk memberi ketaatan, persediaan sedemikian amat penting sekali kerana sebahagian manusia walaupun segelintir sahaja merasakan dirinya adalah lebih utama dan ia lebih berhak berada di atas untuk menerajui masyarakat pada setiap tempat.

Maka persoalan disiplin mempunyai dua bahagian; bahagian pertama adalah yang sedia ada didalam diri setiap orang dan bahagian kedua pula yang boleh di usahakan dan dibentuk dengan penyediaan dan latihan tertentu didalam masa tertentu. Namun demikian sekiranya,  bahagian pertama tidak ada maka amatlah sukar keatas muslim untuk mendapat sikap disiplin yang sempurna.

 

d)      Berani dan maju kehadapan

Untuk memilih para mad’u jangan mereka terdiri dari golongan yang pengecut, jiwa yang tewas, takut kepada ujian dan takut kepada celaan di jalan dakwah.

Itu suatu perkara, seperkara lagi yang telah tertanam kukuh di dalam benak pemikiran sebahagian manusia, iaitu mereka takut kepada ujian dan fitnah yang akan di alami oleh para pendakwah di sepanjang jalan dakwah yang ingin membuat perubahan. Akan tetapi segala tekanan dan kebimbangan mereka itu boleh di imbangkan dengan janji-janji Allah yang disampaikan kepada mereka perkara yang di janjikan itu samaada syurga atau juga neraka.

Sesungguhnya Allah berjanji untuk menyediakan ganjaran yang tidak putus-putus bagi hambanya untuk berjalan di atas jalan dakwah. Demikian juga Allah berjanji untuk menyediakan  kepada ahli neraka azab-seksa, yang paling minimanya ialah apabila di panaskan pada tapak kaki kemudian mendidih otak dan darah manusia.

Sesungguhnya bekerja untuk Islam bukanlah suatu yang boleh di buat pilihan samaada hendak atau tidak, tetapi ia merupakan suatu yang wajib dan fardhu keatas setiap muslim lelaki dan perempuan. Ia juga merupakan sebab yang boleh menyelamat seseorang pada hari qiamat kelak. Maka jika hilang perasaan ragu-ragu untuk melibatkan diri di dalam dakwah, sebaliknya ia menerima kerja untuk Islam dengan penuh kesungguhan, keberanian dan terus mara kehadapan.

4)  Hendaklah fikirannya masih bersih atau tidak di pengaruhi oleh mana-mana fahaman dan idelogi:

 

Samaada yang fahaman berkaitan dengan Islam itu sendiri, seperti pandangan bahawa Islam tidak sesuai untuk menerajui masyarakat dunia, sebalik bagi mereka Islam hanya sesuai di masjid sahaja, di luar masjid Islam tidak lagi di perlukan.

Atau pun berkaitan dengan meneroka jalan perubahan: seperti memilih jalan kekerasan dan kekuatan secara mutlak atau memilih jalan sufi dengan memperbanyakkan beribadat di masjid dengan tujuan mengislahkan diri, hati dan jiwa mereka.

Maka muslim yang pemikirannya masih kosong daripada semua ini, adalah  lebih mudah untuk menarik mereka di dalam dakwah kerana orang-orang ini biasanya akan berdebat sehinggakan kita terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk mereka. Dan selalunya tidak berhasil. Ini bukan bermakna kita hendak tinggalkan mereka tetapi kita bermaksud untuk memberi keutamaan di dalam memilih mad’u yang berpotensi untuk melibatkan mereka di dalam kerja-kerja dakwah  kepada Allah.

 

Kesimpulan:

Sesungguhnya saya ingin menasihati diri saya dan kamu semua wahai para pemuda dan pemudi Islam, ketika kita semua memulakan dakwah hendaklah kita memulakan dengan yang kecil sebelum yang besar, golongan yang tawadhuk sebelum golongan yang anggkuh dan sombong, mereka yang dekat sebelum yang jauh, mereka yang pemikiran mereka masih neutral daripada mereka yang yang sudah ada fahaman dan ideologi tertentu,  yang taat dan menyimpan rahsia dari yang tidak taat dan banyak bercakap, yang berani dari yang pengecut, yang bersemangat dan bermotivasi dari yang malas dan yang tidak berkemahuan.

Ada setengah yang menyatakan adalah amat sukar  yang disebut itu. Itu juga ada kebenarannya, tetapi perlulah kita berusaha untuk memilih mereka yang memiliki sebahagian sifat-sifat tersebut dan mengenepikan sifat-sifat yang belum mereka milikinya ketika keadaan yang mendesak (dharurat). Kita perlulah terus mencari dengan berlalu masa, maka kita akan memperoleh peribadi yang memiliki sifat-sifat tersebut tetapi kemungkinan ia berada jauh dari kita. Maka perlulah kita mendekatinya dengan berbagai jalan. Kadang-kadang ada juga yang memiliki semua sifat kecuali ianya kurang bermotivasi dan kurang bersemangat, maka perlulah kita memberinya perangsang dan semangat untuk berdakwah.

 

 

Posted by: mahyudin ismail | 26 Februari 2011

Kelebihan kasihsayang kerana Allah

Semalam dalam kesempatanku untuk mabit bersama PEMBINA Johor, hatiku amat bergembira dan menyentuh perasaanku dengan pertemuan dengan wajah-wajah pemuda-pemuda. Pengalaman ini mengingatkan ku ketika berada di Bumi Mesir sekitar tahun 80an dan 90an dulu.  Suasana sebegini sepatutnya ada di mana-mana dan setiap ketika. Agar kafilah dakwah tidak ketandusan dan lebih teruk lagi kepupusan .. yang hanya dipenuhi dan diramaikan oleh golongan dewasa dan sudah pun mencapai umur pencen. Kepulangan ku pada sekitar 1995, sudahku dengari seruan supaya membina generasi pewaris oleh pengerak dakwah, tetapi hasilnya entah kemana! Mas’ul yang bertanggungjawab bertukar ganti .. tetapi isunya tak pun selesai. Sekarang saya dengar mereka telah sedar dan berikrar nak bekerja keras di sekolah-sekolah rasmi mereka. Baguslah jika begitu ..saya dan seluruh umat mendoakan kejayaan mereka ..tapi kenalah ingat juga bahawa peranan dan tugas dakwah terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyumbang .. individu maupun badan-badan dakwah, usahlah halang mereka! Kena juga ingat betapa besar kesalahan bagi sesiapa yang berusaha menghalang dakwah Islam berkembang luar di mukabumi Allah ini. Tak semua orang tertarik dengan cara dakwah kita .. tetapi kemungkinan ada yang tertarik dengan penedekatan dakwah pihak lain … yang penting ialah semakin ramai anak melayu dan lain-lain kembali kepada penghayatan Islam sebenar. Kenapa perlu kita menghalang dan menyekat mereka ! dan lebih teruk lagi jika ada ucapan dan ikrar ingin menamatkan hayat mereka. Katakan Astaqfirullah ! jauhilah dari fitnah ini. Apakah dalam dakwah pun ada kukubesi! selalunya istidadi ada dalam arena politik .. itu masyarakat dunia sudah tidak mahu menerima lagi cara Istibdadi.

Seruan ku dan kepada pemuda-pemuda yang aku temui dan yang di luar sana agar dapat terus pupuklah dan bajailah jalinan ukhuwah , carilah kefahaman Islam yang sahih dan kejelasan fikrah sementara waktu yang lapang sekarang, sebelum menjejak kaki ke satu alam yang lebih mencabar. Antumlah adalah pendukung dakwah di masa depan dan antumlah yang akan membuat perubahan nanti Insyallah. Untuk saya cuba terjemahkan bebrapa hadis-hadis Qudsi berkaitan dnegan kelebihan bagi mereka berkasihsayang kerana Allah. Moga ia dapat membangkit kepanasan usia muda yang ada pada antum semua.

Daripada Abu Hurairah: katanya bahawa Rasulullah telah bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t akan menyeru pada hari Qiamat nanti: Dimanakah mereka yang saling berkasihsayang! dengan kebesaranKU pada hari ini Aku akan menaugi mereka di bawah nauganKu, dimana hari ini tiada naugan melainkan naunganKu sahaja. (Sohih)

Daripada Abi Muslim al-Khaulani daripada Muaaz bin Jabal, dia berkata: saya telah mendengar Raulullah telah menceritakan kepadaku mengenai Allah Tuhannya: firman Allah: Mereka yang berkasih sayang kerana Allah berada di atas mimbar-minbar daripada cahaya, dibawah naugan arash pada hari yang tiada naugan melainkan nauganNya. Kata Abi Muslim: saya keluar sehingga bertemu Ubadah bi Shomad, lalu saya sebutkan kepadanya hadis Muaz bin Jabal, lalu dia berkata: saya telah mendengar  Rasulullah telah menceritakan mengenai tuhanNYa Allah: akan beroleh kasihsayangKu bagi mereka yang berkasihsayang kerana Allah, akan beroleh kasihsayangKu bagi mereka yang saling berkorban keranaKu, akan beroleh kasihsayangKu bagi mereka yang saling menziarahi keranaKu dan Mereka yang berkasih sayang kerana Allah berada di atas mimbar-minbar daripada cahaya, dibawah naugan arash pada hari yang tiada naugan melainkan nauganNya. (Sohih)

Daripada Muaz bin Jabal, dia telah berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah azzawajalla telah berfirman: “orang yang berkasihsayang kerana kebesaranKu untuk mereka mimbar-mimbar daripada cahaya , mereka dicemburui oleh para nabi-nabi dan syuhada”. (Hasan)

Fikh daripada hadis ini:

Jalinan persahabatan dengan kasihsayang yang terbina kerana Allah s.w.t akan memperolehi naugan Allah pada hari Qiamat nanti. Kena kena juga ingat betapa memerlunya umat manusia kepada nauhan tersebut pada hari dahsyat dan menakutkan itu. Olehitu bajailah dan suburkan jalinan ini supaya kita memperolehi janji Allah di atas.

 

Posted by: mahyudin ismail | 17 Februari 2011

Mukmin yang benar akan menyeru kepada iman yang benar

وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُم مِّثْلَ يَوْمِ الْأَحْزَابِ{30} مِثْلَ دَأْبِ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ وَمَا اللَّهُ يُرِيدُ ظُلْماً لِّلْعِبَادِ{31} وَيَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ يَوْمَ التَّنَادِ{32} يَوْمَ تُوَلُّونَ مُدْبِرِينَ مَا لَكُم مِّنَ اللَّهِ مِنْ عَاصِمٍ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ{33} غافر

Dan berkatalah pula orang yang beriman itu: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang bergabung (menentang Rasul-rasulnya)!(30) “(Iaitu) seperti keadaan kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Soleh), serta orang-orang yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut). Dan (ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hambaNya.(31) “Dan, wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan),(32) “(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.(33). Surah Ghafir.

وَلَقَدْ جَاءكُمْ يُوسُفُ مِن قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِّمَّا جَاءكُم بِهِ حَتَّى إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَن يَبْعَثَ اللَّهُ مِن بَعْدِهِ رَسُولاً كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُّرْتَابٌ{34} الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ وَعِندَ الَّذِينَ آمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ{35} وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحاً لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ{36} غافر

“Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan-keterangan (yang membuktikan kerasulannya), maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya; demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya), -(34) “(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!”(35) Dan Firaun pula berkata: “Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)(36) Surah Ghafir.

أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِباً وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ{37} وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ{38} يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ{39} مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَمَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ{40} غافر

“(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.(37) Dan berkatalah pula orang beriman itu: “Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar.(38) “Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.(39) “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh – dari lelaki atau perempuan – sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.(40) Surah Ghafir.

وَيَا قَوْمِ مَا لِي أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ{41} تَدْعُونَنِي لِأَكْفُرَ بِاللَّهِ وَأُشْرِكَ بِهِ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَأَنَا أَدْعُوكُمْ إِلَى الْعَزِيزِ الْغَفَّارِ{42} غافر

“Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?(41) “Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun? (42) Surah Ghafir.

Allah s.w.t telah mengutuskan rasul dari kalangan para rasul kepada penduduk negeri Antokiah lalu mereka mendustainya, cuma seorang saja dari mereka yang beriman. Allah berfirman mengenai kisah itu:

وَجَاء مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ{20} اتَّبِعُوا مَن لاَّ يَسْأَلُكُمْ أَجْراً وَهُم مُّهْتَدُونَ{21} وَمَا لِي لاَ أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ{22} أَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِ آلِهَةً إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَن بِضُرٍّ لاَّ تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئاً وَلاَ يُنقِذُونِ{23} إِنِّي إِذاً لَّفِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ{24} إِنِّي آمَنتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ{25} قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ{26} يس

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu –(20) “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.(21) Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?(22) “Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.(23) “Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.(24) “Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.(25) (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui –(26) Surah Yassin.

Olehitu kita dapati banyak dikalangan para sahabat yang mulia, apabila terpancar cahaya iman di hati,lalu mereka terus berdakwah kepada Islam samaada pada individu dan kumpulan. Kemudian mereka terdedah kepada segala macam seksaan namum mereka tetap meneruskan usaha yang mulia itu tanpa memperdulikan seksaan yang ditempohi.

Dari Ibnu Abbas:menceritakan tentang seorang sahabat yang bernama Abu Zhar Al-Ghifari. Setelah Aba Zhar mendengar mengenai perutusan Muhammamd s.a.w. dia telah meminta saudara lelakinya pergi ke Mekah untuk mendapat maklumat mengenai lelaki yang mendakwa dirinya nabi dan membawa kebaikan dari langit. Maka pergilah saudaranya ke Mekah bagi memenuhi kehendak abangnya dan mendengar apa yang perkatakan oleh nabi kemudian pulang kepada Abi Zhar. Sekembalinya dia terus mencerita kepada Aba Zhar apa yang dia telah dengar,katanya:  aku dapati dia mengajak kepada berakhlak mulia dan dia bekata-kata bukan dari syair-syair. Lantas jawab Abu Zhar: kamu belum dapat menyembuh apa yang aku inginkan,kemudian dia bersiap bekalan untuk berangkat ke Mekah. Setibanya beliau ke masjid haram terus dia mencari rasulullah sedang ia tidak mengenali rasul,dia juga tak mahu bertanya sesiapa. Sehinggalah pada suatu malam keadaan beliau disedari oleh Ali bin Abi Talib yang mendapati Aba Zhar seakan-akan orang asing di Mekah yang sedang berbaring disekitar masjid haram. Lalu saidina Ali mengajaknya bermalam di rumahnya dalam keadaan mereka tidak saling bertanya apa-apa sehinggalah ke subuh pagi. Kemudian berangkat pula ke masjid untuk mencari rasulullah tetapi tak juga berhasil. Kemudian Abu Zhar juga bermalam di rumah Ali bagi malam yang kedua. Setelah tiba pada hari yang ketiga. Saidina Ali bertanya: bolehkah kamu beritahuku,apa yang boleh ku bantu kamu? Abu zhar meminta janji dan persetujuan terlebih dahulu daripada Ali,setelah Ali bersetuju barulah Abu Zhar menceritakan hasratnya. Maka jawab Ali: Dia adalah benar,dia merupakan rasul Allah,apabila tiba pagi esok kamu ikutku. Apabila kamu melihat ada sesuatu yang membimbangkan dari kamu maka bertindaklah seolah kamu membawaku air..Setelah tibanya waktu pagi keesukannya Abu Zhar mengekori Ali sehinggalah bertemu dengan RasulAllah lalu mendengar kata-kata nabi kemudian terus beriman (memeluk Islam). Maka bersabda nabi kepadanya: kembalilah kamu ke negeri kamu dan beritahu mereka, sehingga datang perintahku seterusnya. Lalu dia bersumpah demi diriku ditanganNya,aku akan berterus terang di depan orangramai dengan kalimah tauhid. Maka keluarlah ia sehingga tiba di masjid haram lalu ia menyeru dengan suara yang kuat kalimah; tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad pesuruhAllah dan hambaNya juga. Setelah itu dia dipukul oleh orangramai sehingga datanglah Abbas menyelamatkannya. Abbas: menyeru kaumnya:Binasalah kamu semua, tahukah kamu semua dia ini dari kalangan Ghifaar yang berada di pertenghan jalan perniagaan kamu ke Syam. Lalu dia di selamatkan oleh Abbas. Keesokannya berlaku lagi sekali,kemudian sekali lagi diselamatkan oleh Abbas juga. Setelah ia berhasrat hendak pulang kepada kaumnya,Rasulullah berpesan: “Apakah kamu wakil untuk menyampaikan tentang diriku kepada kaum kamu? Semoga Allah memberi mereka menafaat kepada kamu dan  mengurniakan bagi kamu ganjaranNya.!!” Maka kembalilah Abu Zhar kemudian Islam saudaranya,ibunya dan beriman separuh dari kaumnya dan separuh lagi islam semasa kedatangan nabi ke Madinah. Mereka berkata kepada rasul: wahai rasulullah!! Kamu menerima Islam sepertimana saudara kamu menerima Islam sebelum ini, lalu nabi bersabda: ” Ghifaar Allah telah mengampunkan dosa-dosa kamu dengannya dan dengan islam kamu Allah telah menyelamatkan kamu”. ( Bukhari dan Muslim.)

 

Posted by: mahyudin ismail | 12 Februari 2011

Sedikit Suasana di Kota Kaherah

( ikuti perbualan saya dengan pelajar di Bumi Yang diKatakan oleh sebahagian rakyat Malaysia Tiada Kehidupan di sana ..mesti balik !!

perbualan berlangsung pada jam 11.00 mlm hari jumaat 11/2/2011) Berdoalah semoga mereka semua yang masih di Mesir selamat Inasyaallah…)

samualikum ya ustaz….

kaifahalukum…

ana kat kaherah lagi…

kuliah bila buka?

hari ahad ni…

tapi domontrasi berlaku di mana2

suana hari ini agak sepi….

ustz doakan ana ya….

smga selamat…

kawasan kuliah husen jg sepi…

harga barang tak menentu…kdangkala mahal..kdngkala biasa…duit belanja agak susah sekarang,,,,

bas semalam mogok…

karena dia orang buat demok kenaikan gaji…

kami nak kemana mana pakai tremko..

mdhan suana semakin membaik…

malam tadi di wajah orang mesir nampak marah….

selepas mendegar percakapan pres di telisiaon

percakapan presiden di tv…

karena tak nak mundur….

bank kalu di pusat buka…

tapi di cawangan sering tutup

wallhuaklam..

soalat jamaah di sini orng mesir ada yang menagis mendegar kunut nadhzilah..yg dibacakan oleh imam

kami ikut sedih juga…

mreka minta agar Allah anugerah pemimpin yang soleh untuk mereka…

macm bulan ramadhan rasanya…

semaoga permudahakn urusan kita….

jazakumullah kairan….sampaikan salam ana lijimiil ikhwah…

Posted by: mahyudin ismail | 5 Februari 2011

Sepuluh wasiat Rasulullah kepada Abi Dzar

Daripada Abi Dzar r.a katanya: Wahai Rasulullah wasiatlah kepadaku lalu ! ..

  1. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku berwasiat kepada kamu supaya kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia merupakan kepala bagi segala urusan untuk diri kamu ! Aku berkata: tambah lagi wahai rasulullah ! ..
  2. Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran dan berzikir kepada Allah, maka sesungguhnya ia dapat memberi kepada kamu cahaya di langit dan cahaya di bumi. Aku berkata: Tambah lagi wahai rasulullah !
  3. Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa, maka sesungguhnya dia boleh mematikan hati dan menghilangkan cahaya pada muka kamu. Aku berkata: tambah lagi wahai rasulullah ! ..
  4. Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu berjihad fisabilillah, maka sesungguhnya ia merupakan Rahbaniah iaitu ahli ibadat bagi umatku. Aku berkata: Tambah lagi wahai rasulullah ! ..
  5. Rasulullah s.a.w bersabda: hendaklah kamu diam kecuali ada kebaikan untuk bercakap, maka sesungguhnya dia dapat mematikan atau menyekat syaitan untuk menguasai kamu dan ia dapat memelihara kamu di dalam urusan agama kamu. : Aku berkata: Tambah lagi wahai Rasulullah ! ..
  6. Rasulullah s.a.w bersabda: Lihatlah kepada sesiapa yang lebih rendah daripada kamu dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi daripada kamu, maka sesungguhnya ia adalah lebih baik, supaya ia supaya tidak memandang rendah kepada nikmat Allah s.w.t kepada kamu. : tambah lagi wahai rasulullah !
  7. Rasulullah s.a.w bersabda: hubungkan tali persaudaraan kamu dengan kaum kerabat kamu sekalipun mereka memutuskan hubungan dengan kamu. : tambah lagi wahai rasulullah !
  8. Rasulullah s.a.w bersabda: Jangan sekali-kali kamu takut celaan orang yang mencela lantaran antara kamu menunaikan suruhan dan perintah Allah s.w.t : tambah lagi wahai rasulullah !
  9. Rasulullah s.a.w bersabda: Sayangilah  manusia lain sepertimana kamu menyayanggi untuk diri kamu sendiri.
  10. Kemudian Rasulullah s.a.w menepukkan tangannya ke dadaku, lalu baginda bersabda: Wahai Aba Dzar ! jangan kamu banyak aqal seperti seorang pentadbir , janganlah kamu warak seperti orang yang tidak bersuara dan janganlah kamu berasa di kedudukan yang mulia seperti baik akhlaq.

 

Posted by: mahyudin ismail | 26 Januari 2011

Usaha Membetul Diri

Terdapat tiga asas akhlaq yang akan dapat memberi kepada manusia satu kekuatan bagi menghadapi sikap negatif di dalam diri seperti malas dan berterusan melaku kesilapan, juga kita kenalah ingat bahawa ketiga-tiga asas ini saling memberi kekuatan disiplin yang dapat membentuk akhlaq mulia manusia.

المشارطة

Musyarathah: kamu meletakkan janji atau syarat yang tertentu diantara kamu dengan diri kamu atau kamu dengan Allah s.w.t. Seperti jika saya tidak sembahyang subuh berjamaah di masjid saya akan menderma lima ringgit bagi setiap kali solat subuh.

المراقبة

Muraqabah: Kamu memantau dan menyemak pada diri kamu sendiri dan kamu akan menemui kecacatan,kekurangan dan ketempangan, seperti kamu dapat menghitung hari-hari yang telah kamu lambat menunai solat fardhu atau kamu solat bersendirian, tidak berjamaah atau kamu solat subuh qada.

المحاسبة

Muhasabah: kamu berusaha membetulkan dan benar-benar melelaksanakan perkara yang kamu telah tentukan kepada diri kamu di dalam musyaratah.

Demikian juga bagi seorang hamba yang beriman, sepatutnya ia sentiasa memuhasabah dirinya, menyemak tahap iltizamnya dengan agamanya sendiri, menilai dan menimbang amal-amalnya dan membetulkan di mana ada kekurangan dan kelompangan.

Tentulah tidak terjadinya pembetulan kepada manusia kecuali dengan adanya kertas kerja yang memuatkan objektifnya, sasarannya dan ajendanya yang teratur, bagi ilmuan masakini di kenali perancangan, bagi ilmuan terdahulu di sebut al-Musyaratah.

Imam Ghazali Yang Dirahmati Allah s.w.t ada menyebut mengenai perkara ini:    ”akal manusia memerlukan musyaratah diri terlebih dahulu, kemudian ia sentiasa menepati ketetapann yang telah gariskan, di letakan syarat-syarat, membimbingnya kepada jalan kejayaan dan menjadikan ia lebih kuat pengangan di dalam melalui jalan itu”.



Posted by: mahyudin ismail | 20 Januari 2011

Betul-betul ke kawan ! …

Bersatunya golongan batil di dalam  peperangan mereka bagi menentang dan menekan umat Islam adalah suatu yang berulang-ulang di dalam catatan sejarah dan ia adalah sunnah yang berterusan. Olehitu adalah tidak betul bagi umat Islam untuk berpegang dengan unggapan sebegini: ” musuh, musuhku adalah kawan ku”. Amat wajar bagi umat Islam untuk mengenali musuh mereka yang sebenar. Sudah semestinya juga bagi umat Islam untuk mengenali, bahawa musuh kepada musuh mereka kemungkinan besar ia juga adalah musuh mereka.

Ya memang benar adanya tahaluf ( pakatan ) di antara orang-orang Islam dengan setengah lawan mereka untuk beberapa tujuan yang tertentu dan bagi mencapai suatu sasaran yang khusus… tetapi kena juga beringat-ingat supaya  jangan sampai meremehkan di dalam soal keagamaan dan bermudah-mudah di dalam setengah hak-hak yang akan tergadai nanti. Olehitu hendaklah ada sikap berhati-hati dan berwaspada selalu di kalangan umat Islam. Seperkara yang kena ingat; ialah jangan pula sampai ketahap wala’,sadaqah dan melupai hak-hak yang Allah sebut dengan jelas kepada kita menerusi ayat 120 di dalam surah al-Baqarah. Contoh jelas lagi boleh baca sejarah bagaimana Tartar merancang menjatuhkan kerajaan Abbasiah.

Posted by: mahyudin ismail | 12 Januari 2011

Di antara Kaedah Usul

Syariat tertegak di atas dua paksi: iaitu Keihklasan kepada Allah dan menuruti dan mengikuti apa-apa yang dilakukan oleh rasululllah s.a.w. ( Ittaba’ bukan Ibtidaa’ )

Kedua usul / paksi ini merupakan syarat bagi setiap amalan keagamaan yang zahir, seperti ucapan lidah dan amal pancaindera atau amal batin, seperti amal-amal hati.

Allah s.w.t berfirman:

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ{3} الزمر

Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.

Allah s.w.t berfirman:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ{5} البينة

 

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.

Allah s.w.t berfirman:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ{7} الحشر

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.

 

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.